Tuesday, 14 December 2010

Majlis Makan Malam


Majlis yang  julung kali di adakan semenjak wujudnya unit Teknologi Maklumat di UiTM Sarawak telah berlangsung di Samudera Court pada 11 Disember 2010.




Seperti biasa, majlis di mulakan dengan formal seperti ucapan pengerusi majlis, ucapan Pegawai dan Penolong Pegawai di susuli dengan bacaan doa.



Atucara yang di susun dengan rapi oleh jawatankuasa penganjur majlis, merancakkan lagi temasya pada malam tersebut. Pelbagai aktiviti riadah seperti menghabiskan susu dalam botol, memecah belon dan sesi karaoke.






Di harap majlis seperti ini akan di teruskan untuk masa yang akan datang untuk mengeratkan keluarga antara staff.

Hari yang di nantikan.. Amazing Race...


Sambutan yang agak kurang memberangsangkan tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan aktiviti yang telah di rancang. Bermula pada jam 3 petang, dengan jumlah perserta seramai AJK bertugas, aktiviti di teruskan dengan menjawab beberapa soalan sebelum di lepaskan ke route seterusnya.

Sebelum Aktiviti di mulakan, peserta di wajibkan untuk memanaskan badan dengan acara senaman ringan di bimbing oleh en. Amizan hj Tahet. Seteruskannya, peserta terus ke route yang pertama, Unit I.T.Untuk mendapatkan kunci rak, peserta di kehendaki  menajawab beberapa soalan sebelum di lepaskan untuk ke route yang seterusnya.

Sebelum meneruskan tugas seterusnya, peserta hendaklah mencari peralan komputer seperti papan kekunci,tetikus dan kabel di dlm rak yang berkunci. Setelah pencarian berjaya, peserta disuruh memasan komputer sehingga di hidupka.

Tugasan seterusnya, permainan online. Terdapat 2 jenis permainan iaitu "counter strike" dan "winning eleven". Untuk "counter strike" peserta di kehendaki menembak mati kesemua lawan manakala untuk "winning eleven" di kehendaki menang dalam permainan selama 5 minit untuk mara ke route seterusnya.

Route seterusnya, mencari urusia di sekitar blok A, menjawab soalan sebelum di lepaskan ke route yang terakhir. Kesemua peserta dalam satu kumpulan yang sampai dahulu di kira pemenang.

Majlis penutupan di hadiri oleh Pengarah Kampus dan Timbalan Hal Ehwal Akademik.






Tuesday, 16 November 2010

Rakaman di RTM

Pada 10 November lepas, kami telah membuat rakaman Nasyid di RTM Sarawak. Rakaman tersebut telah di bantu oleh DJ Nor dan krew RTM.

Permulaan yang agak kekok dan mungkin boleh di perbaiki jika di beri peluang untuk masa yang akan datang.

Terima kasih di ucapkan kepada En. Awang Baharudin atas usaha beliau.

Friday, 15 October 2010

Ihtifal Kesenian Kesenian Islam, Peringkat UiTM Sarawak & UiTM Sabah


Bersempena dengan Ihtifal Kesenian Islam, Peringkat UiTM Sarawak & UiTM Sabah pada 30 september dan 1 oktober 2010 bertempat di UiTM Sarawak , sekali lagi kami di jemput untuk menyertai pertandingan nasyid tersebut.Disertai 10 kumpulan dari ketegori staff dan pelajar dari UiTM Sabah dan UiTM Sarawak.


Di mulakan dengan pertandingan musabaqah pada hari pertama dan disusuli dengan pertandingan azan dan nasyid pada hari yang kedua.

















Keputusan Pertandingan Nasyid pada 1 oktober 2010 Peringkat UiTM Sarawak / UiTM Sabah

Kategori Staf

Pertama : IT Qamah (UiTM Swk)
Kedua : Sautul Libra (UiTM Swk)
Ketiga : Hannaniah (UiTM Sabah)

Kategori Pelajar

Pertama : Sautul Ridhuan (UiTM Swk)
Kedua : Shoutul Mujahidin (UiTM Sabah)
Ketiga : Imtiaz (UiTM Sabah)

Keputusan Pertandingan Nasyid pada 30 mac 2010 Peringkat UiTM Sarawak

Kategori Staf

Johan: Kumpulan IT Qamah daripada Unit Teknologi Maklumat
Naib Johan: Kumpulan Soutul Libra daripada Bahagian Perpustakaan
Tempat Ketiga: Kumpulan An Nur daripada Bahagian Pentadbiran

Kategori Pelajar

Johan: Soutul Ridhwan
Naib Johan:Soutul Ukhwah (Pelajar UiTM Sarawak Kampus Mukah)
Tempat ketiga: Saidatul Iman

Wednesday, 14 July 2010

Team Building 2010


Team Building pada kali ini di adakan selama 2 hari 2 malam bertempat di Permai Rainforest Resort pada 4-5 Jun 2010.Penglibatan dari semua staff pada kali ini merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan.


Hari seterusnya, kami berdepan dengan cabaran baru. membuat rakit dan berakit ke tengah laut.Tengah laut? uih..ha..ha..tak ler tengah sangat, agaknya dalam 200 meter dari pantai.Bahan – bahan yang digunakan utntuk mebuat rakit ialah 2 biji tong besar,4 batang kayu ukuran 4X2 sepanjang 10 kaki, 6 batang kayu ukuran 3X2 sepanjang 5 kaki dan tali untuk ikatan.

Setelah rakit siap di bina, ia akan di uji terlebih dahului sebelum dibenarkan untuk di luncurkan ke laut. Semasa mengayuh, memang lenguh kerana ini merupakan pengalaman pertama penulis.

Semoga aktiviti ini dapat di teruskan lagi untuk masa yang akan datang.



Sunday, 23 May 2010

Selamat Pengantin Baru Rafidah & Wan Zulfri

Memilih tarikh 22 mei 2010 untuk melangsungkan akad dan nikah bertempat di Dewan Hikmah, pasangan bakal pengantin pada ketika itu memilih warna serba putih seperti pada kebiasaan pasangan lain. Yang menariknya, pada hari yang sama, Majlis Persandingan turut di adakan di tempat yang sama.

Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke akhir hayat....amin yarabbal alamin...



Memilih warna biru untuk tema baju, majlis di adakan dengan keadaan meriah sekali. Bekerja di bawah satu bumbung kementerian iaitu kementerian Tinggi Pendidikan, namun mereka berada di IPTA yang berbeza iaitu UiTM dan Unimas.