Monday, 16 November 2009
Friday, 17 July 2009
Penanda Aras I.T Poliku di I.T UiTM Sarawak 16 Julai 2009
Bermula dengan ucapan kata-kata aluan dari Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr. Wan Akil Tuanku Abdullah dan di iringan dengan taklimat ringkas dari Ketua Unit Teknologi, En Mohd Farid Assamani Mohamed Zainon.
gambar :Jejaka dan jejaki dari Poliku
gambar : ni pulak campuran jejaka dan jejaki UiTM vs Poliku(aku gak yg tampak hensem-baju biru, hitam di tengah)
Atucara penutup,pelawat di saji dengan jamuan minum petang dan berakhir sekitar jam 4.30 petang.
macam berpakat warna jer…sedondon jak sidak 3...hehehe..
Friday, 26 June 2009
Menawan kaki Gunung Santubong
Tepat jam 9.00 pagi,kami mula bergerak ke satu lokasi yang telah di tetapkan untuk taklimat oleh Jurupandu.Jam 9.15 pagi menuju ke Pintu gerbang Green Paradise Cafe.
Cabaran bermula dengan meredah hutan tua di sepanjang kaki gunung Santubong yang sememangnya penuh dengan pantang larangnya.
Sepanjang perjalanan,kami di beritahu oleh jurupandu, ada beberapa lokasi tapak pemujaan akan kami lalui.Oleh itu,kami dilarang sama sekali untuk bercakap yang bukan-bukan.
Jika dikira dari segi jarak,sememangnya tidak lah begitu jauh,namun bentuk muka bumi yang cukup mencabar seperti jurang,lereng bukit,halangan pokok dan permukaan yang licin sudah cukup memenatkan.Setelah penat berjalan sejauh 2 KM dengan masa kira-kira 2 jam, akhirnya kami selamat menamatkan cabaran pertama dengan penuh bergaya.
gambar : gaya anak itik kepenatan
Pada sebelah petang pula,Seperti biasa perut di isi sebelum aktiviti Obtacle Challenge bermula.Untuk cabaran ini kami di bahagi kepada 2 kumpulan, le Vista dan eX Piiiirahhh.Untuk aktiviti ini,seperi yang telah dijangka,kumpulan Vista meraih kemenangan yang penuh bergaya dengan perbezaan catatan masa sebanyak 10 minit.
Aktiviti pantai pula menyaksi kemenangan dengan penuh tipu daya dari kumpulan eX Piiiraaah dengan catatan 3-2 untuk 5 acara yang telah dipertandingankan.Sayangnya,kita orang tak sempat nak ambik gambar,kerana tak cukup budget nak bawak jurukamera.Gambar cuma di ambil selepas aktiviti jer…
gambar : Amin kelihatan mensucikan diri setelah di baling dengan telur dan di lumur dengan tepung.
Anyway, kita tak lupa dengan birthday boys & girl untuk bulan ni.En. Farid, boss kita orang dan En. Amin dan juga cik Pidah.Semoga panjang umur, sihat walafiat dan rezeki melimpah ruah.
gambar : aduh..!!ayunyer….gugok jantong ku nangga..
Sunday, 22 March 2009
Selamat Pengantin Baru Sue & Rafi
Di nobatkan sebagai suami isteri pada 20 Mac 2009, pasangan ini turut melangsungkan majlis perkahwinan pada hari yang sama. Anak kelahiran Sabah, Suhanah telah bertemu jodoh dengan pasangannya Mohd Rafi anak kelahiran bumi kenyalang ketika bertugas di IPTA yang sama.
Tahniah di ucapkan, semoga perhubungan kasih sayang akan kekal hingga ke akhir hayat..amin...
Tuesday, 3 February 2009
Hari Pertama di Kampus Sarawak
Selamat datang di ucapkan kepada Encik Mohd Farid Assamani b. Mohamed Zainon, Pegawai Teknologi Maklumat merangkap Ketua Unit Teknologi Maklumat.
Tahniah! kerana terpilih untuk bertugas di Kampus Sarawak dan kehadiran encik Farid amat kami alu-alukan. Semoga segala urusan kita permudahkan bersama demi agama, nusa dan bangsa.
UiTM di Hatiku...
Subscribe to:
Posts (Atom)